Jumaat 14 Ramadhan 1435 H

Lawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan ke Pejabat Suruhajnjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) Sabah Pada 5 Julai 2013.

Pada 5 Julai 2013 Suruhanjaya  (SPN) Kelantan telah mengadakan lawatan muhibah kepejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Rombongan diketuai Pengerusi SPN Kelantan , YB Dato’ Kapt. Khairi bin Mohamad, Timbalan Pengerusi dan Ahli- ahli SPN beserta YB Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan, Dato’ Azlan b. Abdul Halim dan Pengarah Sumber Manusia, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Rombongan SPN Kelantan telah disambut meriaholeh SPAN Sabah yang diketuai Pengerusi SPAN Sabah, Dato’ Ismail Awang Besar bersama kakitangan SPAN Sabah.Dato’ Pengerusi SPAN Sabah telah memberita taklimat berkenaan skop tugas-tugas SPAN Sabah serta menyentuh juga kes-kes tatatertib dalam perkhidmatan awam Sabah samada yang menjadi tunggakan dan juga yang telah Berjaya diselesaikan.Selain itu, Setiausaha SPAN Sabah, Hj Hasbi telah menerangkan penggunaan sistem E-SPAN di dalam perkhidmatan awam negeri Sabah. Antaranya E-SPAN dibangunkan bertujuan untuk menguruskan proses Perlantikan, Pengesahan Jawatan, Pemberian Taraf Pencen, Kenaikan Pangkat, Pertukaran dan Kawalan Tatatertib secara berkomputer agar ia menjadi lebih cepat. Lawatan tersebut pada akhirnya telah Berjaya membina suatu hubungan yang baru diantara ahli-ahli Suruhanjaya serta kakitangan kedua-dua SPN Kelantan dan SPAN Sabah.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 11 Julai 2013 14:09

 
Masa halaman dijana